Anugerah Aidilfitri

Wednesday, October 10, 2007

Kepada semua kekawan ku yang dicintai, menjelang Aidilfitri ini daku bersyukur kepadaNYA kerana dipanjangkan umurku agar dapat menyambut hari mulia ini. Ingin daku mengambil kesempatan ini untuk menghulurkan sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya pernah menyakiti hati kamu semua sengaja atau tidak disengajakan bila kita bergurau senda. Harap halalkanlah makan dan minumku dan semoga persahabatan yang kita bina selama ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Salam sayang dariku buatmu semua. Bergembiralah disamping keluargamu yang tercinta di hari mulia ini.

0 comments:

 
TNB